Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ada pemain lebih berminat membeli-belah, cari kasut baharu

NORIO Tsukitate (kiri) dan Joao da Silva Freitas dalam sidang KUALA LUMPUR 10 Jun – Pe­ngendali Timor Leste, Norio Tsukitate mempersoalkan sikap profesional pasukan bimbi­ngannya menjelang aksi kedua playoff kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Malaysia esok ekoran kekalahan besar 1-7, Jumaat lalu.

Kata jurulatih kelahiran Jepun itu, selepas dibelasah tuan rumah, fokus dan sema­ngat pemain kini bergantung kepada diri mereka sendiri.




“Mentaliti mereka juga ada yang sudah ke arah datang sini untuk membeli-belah dan mencari kasut baharu.

“Harmonikah pasukan? Amat teruk. Ada pemain yang masih boleh memahami bahawa kami tidak boleh pulang ke negara kami dengan keputusan sebegini.

“Mungkin kami kena 7-1, 10-1? Saya tidak tahu tetapi masih ada satu lagi perlawanan (esok) dan ada peluang yang perlu digunakan,” katanya dalam sidang ­akhbar di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.





Tsukitate berkata, keadaan bertambah sukar apabila ada pemainnya yang demam dan batuk, namun beliau tetap berharap mereka dapat kembali memberikan tumpuan kepada prestasi di padang.

“Saya tetap mahukan pasukan menyerang dan meraih gol walaupun amat sukar kerana jika tersilap, lawan akan dapat bola dan kami kena berpatah balik untuk bertahan.

“Ini situasi yang normal dalam setiap perlawanan,” katanya lagi. – UTUSAN