Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

[Video] Penyokong Selangor, Farizal ‘bertempur’

Nampaknya ada sesuatu yang telah membangkitkan kemarahan penyokong Selangor dan ianya bukan kerana Red Giants tewas kepada Terengganu FC.

Kecoh di media sosial apabila penyokong Selangor meluahkan rasa marah mereka kepada penjaga gol, Farizal Harun yang beraksi dalam perlawanan tersebut. Menurut beberapa ‘tweet’ yang ditulis oleh penyokong Selangor yang berkunjung ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Farizal dikatakan telah menghamburkan kata-kata kesat kepada mereka selepas perlawanan.




Farizal sebelum ini telah menimbulkan kontroversi apabila rakaman video menunjukkan dia telah menumbuk pemain PKNP FC dalam perlawanan mereka sebelum ini. Tetapi tindakannya kali ini benar-benar bagaikan mencurah minyak kepada api yang marak.

Rata-rata penyokong Selangor telah meminta Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk tidak menurunkan Farizal lagi dalam mana-mana perlawanan selepas ini.





FAS sebelum ini telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa kesemua exco dan Presiden (Raja Muda Selangor) tidak gembira dengan tindakan Farizal dalam perlawanan berdepan PKNP dan akan mengenakan tindakan kepadanya. Tetapi apa yang berlaku dalam perlawanan menentang Terengganu juga pastinya akan dipandang serius oleh FAS.



,