Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ular Sawa belit ibu sampai pinggang

IBU tunggal nyaris maut selepas dibelit ular sawa di rumahnya di Kampung Ulu Tawar Tengah, Mukim Bakai, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, mangsa dikatakan berada di dapur serta sedang menyusun barang makanan apabila secara tiba-tiba dipatuk ular sawa yang dipercayai masuk ke dalam rumahnya pada lewat petang.




Menurut anaknya, Mohd Rasul Abdullah, 16, dia berada di luar rumah bersama adiknya dan terdengar emaknya menjerit lalu bergegas masuk dan terkejut emaknya sedang dibelit ular sawa.

“Saya bergelut membantu emak manakala adik yang lain berlari meminta pertolongan jiran.

“Ular sawa membelit emak sampai paras pinggang dan mujurlah jiran cepat membantu dan menyelamatkan emak daripada menjadi mangsa,” katanya.

Beliau berkata, kejadian berlaku selepas pulang daripada program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) di Masjid Al-Hidayah kira-kira 500 meter dari rumah, ibunya masuk ke dapur untuk menyusun barang yang disumbangkan oleh pihak Harian Metro dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

“Saya berada di luar rumah masa itu dan terdengar emak menjerit.

“Mujurlah saya tidak ke mana-mana kalau tidak tak tahu apa terjadi pada emak,” katanya ketika dihubungi.




Image may contain: one or more people and people sittingMohd Rasul berkata, ular sawa itu kemudian dibunuh penduduk dan dia segera menghantar ibunya ke Hospital Kulim (HK) untuk rawatan selanjutnya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM)Daerah Baling, Leftenan (Pertahanan Awam) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.30 malam dan sampai ke lokasi 40 minit kemudian.

Beliau berkata, ular sepanjang enam meter itu berjaya ditetak oleh penduduk dalam usaha untuk menyelamatkan mangsa.

“Mujurlah mangsa sempat diselamatkan dan di hantar penduduk ke hospital.

“Keadaan cuaca yang tidak menentu menjadi punca ular sawa keluar ke penempatan penduduk, lagi pun kedudukkan rumah mangsa berpaya dan semak menyebabkan ular sawa menghampiri rumah, ” katanya.