Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Safawi Rasid sedia gempur Lang Merah

Image result for safawi kedahKEKUATAN mental dan turun dengan semangat juang tinggi menjadi azimat buat pemain sayap kanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid untuk melayani kunjungan Kedah pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok.




Safawi yang tidak diturunkan pada aksi terakhir menentang Gyeongnam FC dalam aksi terakhir Kumpulan E Liga Juara-Juara Asia (ACL), baru-baru ini yang menyaksikan skuad Harimau Selatan tewas 0-2 tampak mahu mengembalikan rentak kemenangan pasukan juara liga lima musim berturut-turut itu.

“Ya..saya tidak diturunkan dalam aksi terakhir ACL akibat penggantungan satu perlawanan, namun sepanjang berada di Korea Selatan kami meneruskan latihan bukan sahaja sebagai persiapan menentang Gyeongnam FC malah berlatih untuk berdepan Kedah juga.

“Pertembungan menentang Kedah adalah aksi terakhir sebelum rehat selama hampir dua minggu dan ia perlawanan penting bagi kami dan tidak boleh melepaskan peluang untuk mencipta kemenangan di laman sendiri.

“Kami tidak boleh terlalu selesa berada di puncak liga walaupun sudah menjarakkan 10 mata dengan Pahang, sebaliknya harus konsisten dan memberi fokus sepenuhnya dalam baki perlawanan liga terutama menentang Kedah,” katanya.




Dalam pertembungan pusingan pertama 29 Mac lalu, JDT sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Kedah tatkala beraksi di Stadium Darul Aman dan Safawi mencipta gol pada minit ke-10 babak pertama menerusi sepakan percuma dalam perlawanan itu.

Ditanya sama ada akan mengulangi jaringan ketika menentang Kedah dalam perlawanan itu, Safawi menegaskan segalanya adalah hasil kerjasama berpasukan dan tidak mungkin untuk dia melakukan secara berseorangan malah juga berharap tuah stadium keramat JDT akan terus menyebelahi pasukan itu.

Apapun dia tidak menafikan kekuatan skuad Lang Merah kendalian Aidil Sharin Sahak memiliki aura dan kekuatan tersendiri yang mampu mengundang ancaman kepada skuad Harimau Selatan seandainya barisan pemain terleka mahupun tersilap langkah.



,