Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Penyokong berang kekalahan Terengganu

SEKUMPULAN penyokong setia Terengganu FC (TFC) berkumpul di luar KUALA LUMPUR 15 Mei – Kekalahan Terengganu FC (TFC) kepada Petaling Jaya (PJ City FC) nyata tidak dapat diterima penyokong pasukan sang penyu, apatah lagi ketika tuan rumah mendahului 3-0 pada babak pertama.



Selepas perlawanan, ratusan penyokong TFC berkumpul di luar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah untuk berjumpa dengan barisan pengurusan dan pemain namun pasukan keselamatan berjaya mengawal keadaan.

TFC yang bermula garang pada babak pertama namun gagal mengekalkan momentum itu apabila tewas 3-5 kepada pasukan kendalian K. Devan.

Masih dibelenggu kekecewaan selepas tersingkir daripada saingan Piala FA ketika dimalukan 0-4 oleh Pahang di Stadium Darul Makmur, minggu lalu, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim menerima tamparan hebat apabila tewas pula di saingan Liga Super.

Penolong jurulatih pasukan, Mohamad Nik berkata kekalahan itu disifatkan sebagai satu kejutan bagi seluruh pasukan ketika mereka berada pada kedudukan selesa untuk mengutip tiga mata penuh.

“Terengganu hanya bermain bola pada 45 minit pertama. Separuh masa kedua sudah tidak ada pergerakan untuk kita tambah jaringan.




“Sebaliknya PJ City FC awal-awal babak kedua sudah menekan pemain kita dan dalam masa 12 minit sahaja sudah merembat tiga gol sekali gus menyamakan kedudukan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media menggantikan Irfan yang enggan ditemubual, malam tadi.

Tambahnya, antara kelemahan ketara TFC adalah di bahagian sayap terutama selepas pemain baharu yang pertama kali diturunkan, Nabil Ahmad Latpi dikeluarkan pada hujung babak pertama akibat kecederaan.

“Pada separuh masa kedua pemain kita sudah nampak tak selesa dengan bola. Mereka juga tidak bertindak cepat untuk tutup ruang apabila PJ City melakukan hantaran lintang.

“Lima gol yang mereka dapat itu banyak daripada hantaran lintang dan beberapa kesilapan mudah yang tak sepatutnya pemain kita lakukan,” katanya.

Selain itu, Mohamad Nik juga tidak menafikan bahawa faktor fizikal pemain lawan turut memberi kelebihan kepada PJ City FC terutama dengan kemasukan dua pemain import baru, Washington Brandao dan Pedro Henrique. –



,