Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Man City rangkul kejuaraan liga, Guardiola ucap terima kasih kepada Liverpool

Manchester City celebrate with the trophy after securing the title with a victory against Brighton on Sunday afternoonBRIGHTON, United Kingdom: Pengendali Manchester City Pep Guardiola berkata, kemenangan menjadi satu ketagihan selepas pasukannya berjaya mengetepikan cabaran Liverpool dalam mempertahan gelaran Liga Perdana Inggeris.

City muncul kelab pertama mempertahankan kejuaraan itu selepas bangkit menewaskan Brighton 4-1 dan mengatasi Liverpool dengan kelebihan satu mata.




City juga berpeluang menjulang treble domestik pertama bola sepak Inggeris apabila menentang Watford pada final Piala FA hujung minggu ini.

“Kemenangan menjadi satu ketagihan dan dalam beberapa hari kami mempunyai Piala FA,” kata Guardiola.

Kemenangan ke-14 berturut-turut dalam saingan liga menyaksikan anak buah Guardiola meneruskan penantian 29 tahun Liverpool untuk kejuaraan liga, walaupun skuad kendalian Juergen Klopp itu merakam kemenangan 2-0 ke atas Wolves untuk kutipan mata ketiga tertinggi dalam sejarah Liga Perdana pada 97 mata.




Guardiola menyifatkan kempen mempertahan kejuaraan Liga Perdana adalah yang paling sukar dalam lapan kejuaraan liga utama yang dimenanginya sebagai pengendali.

“Kami menang di Sepanyol dan Jerman, tetapi ini adalah yang paling sukar,” kata Guardiola yang memenangi tiga gelaran liga di Barcelona, dan tiga di Bayern Munich.

“Liga ini, pengurus-pengurus terbaik berada di sini, pemain-pemain hebat, terutama persaingan yang kami hadapi musim ini. Ia memperkuatkan apa yang kami capai.

“Kami perlu ucapkan terima kasih kepada Liverpool kerana mereka membantu kami menjadi lebih baik berbanding musim lalu,” katanya.



,