Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Liga-M gamit Khairul Amri cabar kemampuan

 Liga-M gamit Khairul Amri cabar kemampuan “Saya rindukan Liga Malaysia.” Itu reaksi pertama pemain kebangsaan Singapura, Khairul Amri Mohd Kamal, yang bakal mewarnai Liga Malaysia (Liga-M) dengan menyarung jersi Felda United.

Perebutan pemain kelahiran Singapura itu melibatkan Felda dan Perak, namun jalan penyelesaian akhirnya ditemui apabila Khairul Amri sah akan memulakan latihan bersama skuad kendalian Nidzam Jamil itu hari ini.




Khairul Amri kembali ke Liga Malaysia selepas lima tahun meninggalkan kancah bola sepak Liga Super ketika bersama Lions 12 kendalian V. Sundramoorthy.

“Saya hadir dengan status sebagai pemain asing dalam Liga-M, jadi tanggungjawabnya besar.

“Saya ingin mencabar (kemampuan) diri,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Pemain itu ditawarkan kontrak selama setahun enam bulan dan bakal menggalas cabaran besar selaku penyerang utama The Fighters.





Sudah pasti sentuhan magis Khairul Amri dituntut dalam aksi kedua suku akhir Piala FA bertemu Kuala Lumpur, Sabtu ini, selepas pusingan pertama terikat 3-3.

“Saya teruja untuk turun dalam aksi pertama bersama Felda tetapi terlebih dahulu, saya perlu menyesuaikan diri.

“Itulah kombinasi dalam bola sepak.

“Saya akan menggunakan pengalaman untuk membawa Felda ke peringkat separuh akhir Piala FA,” katanya.