Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Liga Juara-Juara pengubat duka The Reds

PENYOKONG Liverpool mengibarkan kain rentang di Anfield ketika LIVERPOOL 12 Mei – Sejurus selepas gagal menamatkan penantian 29 tahun untuk mendakap trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool segera mengalihkan tumpuan kepada misi memburu gelaran Eropah bulan depan.

Biarpun mengalahkan Wolverhampton 2-0 dalam aksi terakhir liga di Anfield, berterima kasih kepada dua jaringan Sadio Mane, namun kemenangan 4-1 Manchester City ke atas Brighton membolehkan skuad The Citizens mempertahankan gelaran.



Pengendali Reds, Jurgen Klopp mengakui, kegagalan merampas gelaran liga ketika ia kelihatan semakin hampir amat mengecewakan, namun dia berbangga dengan pencapaian pemainnya sepanjang musim ini.

Liverpool hanya kalah sekali dalam 38 perlawanan liga, malah berjaya menjejakkan kaki ke final Liga Juara-Juara buat musim kedua berturut-turut.

“Tahniah kepada Manchester City. Kami sudah mencuba segala-gala yang terbaik untuk menjadikan persaingan amat sengit, tetapi usaha kami tidak cukup memberikan gelaran. Tiada apa yang boleh saya katakan lagi, selain bangga dengan pemain kami.




“Apa yang kami lakukan sepanjang musim ini dan hari ini adalah situasi luar biasa tetapi menakjubkan.

“Jelas sekali, kami sudah bekerja keras tetapi begitu juga City. Sasaran kami adalah menutup kempen dengan 97 mata, kami berjaya melakukannya tetapi ia tidak cukup untuk menghasilkan gelaran.

“Jelas sekali tuah tidak berpihak kepada kami kali ini tetapi kami masih ada satu lagi misi untuk diharungi, pemain harus memandang ke depan dan cuba menutup musim dengan trofi,” ujar Klopp kepada BBC Sports. – AGENSI



,