Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Diganggu Makhluk Halus, Klinik Kesihatan Gesir Tengah Diarah Tutup

Semalam kecoh di media sosial apabila Klinik Desa Gesir Tengah, Hulu Selangor ditutup sementara waktu kerana gangguan makhluk halus.




Surat makluman penutupan tersebut dikeluarkan oleh Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Siti Rohana Binti Saad kepada Kementerian Kesihatan lantas menjadi tul ar dan dikongsikan oleh ramai wargamaya.

Berpunca akibat daripada gangguan mis tik di kawasan Klinik Desa tersebut, kini perkhidmatan kepada masyarakat setempat terpaksa dipindahkan ke ke Klinik Kesihatan berhampiran iaitu Sg. Selisik kira-kira 5 km dari Klinik Desa Gesir Tengah.

Kisah seram tersebut dikatakan bermula sejak tahun 2007 lagi, namun ianya menjadi lebih serius akhir-akhir ini. Walaupun pelbagai inisiatif diambil dari sudut rawatan isl am dan tradisional, nampaknya gangguan makhluk halus tersebut hanya dapat dikekang sementara sahaja sebelum kembali menghantui kakitangan dan pesa kit yang mendapatkan rawatan disitu.

Memandangkan permohonan penutupan sementara telah dimohon ke peringkat Kementerian, namun justifikasinya haruslah jelas sehingga membolehkan kebenaran penutupan tersebut dilakukan. Oleh yang demikian pihak admin berjaya mendapatkan kronologi kejadian aneh dan gangguan makhluk halus di Klinik Desa Gesir Tengah untuk perkongsian pembaca :

Tahun 2007
Seorang Jururawat Masyarakat yang pernah bertugas di KD tersebut telah memohon untuk berpindah atas alasan beliau selalu diganggu oleh lembaga hitam.

Tahun 2009
Pada awal kedatangan Jururawat Masyarakat (JM) N ke KD tersebut, beliau tidak merasa sebarang keganjilan, hanya selepas beberapa bulan beliau mula diganggu oleh bunyi-bunyian dan bau-bauan yang pelik sehingga pada suatu hari beliau mula terlihat kelibat yang mencurigakan. Sejak dari hari itu, JM N sering diganggu oleh makhluk yang menyerupai seorang perempuan tua, rakan setugas dan lembaga hitam.

Tahun 2012
Ketika JM N sedang bertugas bersama rakan, tiba tiba beliau merasakan dirinya diawang-awangan, setelah beliau menoleh kearah pintu masuk klinik, beliau terlihat satu lembaga hitam sedang berdiri di situ dan selepas itu beliau tidak sedarkan diri. Rakan setugasnya terus meminta bantuan dari KD yang berhampiran. JM yang datang dari KD lain untuk membantu JM N tadi tiba-tiba menjerit sambil menunjukkan kerah JM N mengatakan JAHAT DAN HITAM. Pada masa itu, JM N sedang duduk memeluk tubuh dengan mata merah dan bersuara garau.

Beberapa hari kemudian JM N diganggu lagi, 2 orang rakan JM N balik dari membeli makanan tengahari, mereka melihat JM N sedang mengerbangkan rambut dan memintal-mintal rambutnya di dalam bilik pemeriksaan. Apabila dipanggil nama JM N, suara JM N menjadi garau, garang dan bertanya “KENAPA BUAT KAWAN AKU DAN AKU SAKIT”. Rakan JM N tadi telah meminta bantuan dari penduduk di sekitar KD untuk membawa JM N balik ke rumah ibubapanya di Kuala Kubu Bharu dan kemudian JM N telah ditukarkan ketempat bertugas yang baru.

Hampir setiap pagi akan ada beras berwarna kekuningan bertaburan di dalam klinik dan tandas walaupun setiap kali beras kekuningan itu telah dibersihkan. Kewujudan patung hitam di atas bumbung KD walaupun pada hari hujan lebat dan angin kencang, patung hitam itu masih tidak jatuh. Selepas kewujudan patung hitam tersebut, KD kerap menerima gangguan kelibat. Anggota sering terlihat kelibat lembaga hitam, nenek tua dan perempuan berambut panjang di dalam klinik. Ada juga kanak-kanak yang datang ke KD memberitau mereka ternampak seorang nenek tua melambaidan memanggil mereka.

Tahun 2013, 2014, 2015 dan 2016
Gangguan dari makhluk tersebut masih ada tetapi anggota yang bertugas di KD masih boleh meneruskan perkhidmatan klinik. Sekiranya anggota merasa tidak mampu bertahan dengan gangguan tersebut, mereka akan meneruskan perkhidmatan di bawah pondok dibahagian luar KD. Mereka akan masuk semula kedalam KD sekiranya ada anggota lain yang akan menemani mereka atau klien datang untuk mendapatkan perkhidmatan.

Tahun 2017
Kejadian-kejadian aneh yang lain tidak diceritakan disini, hanya yang gangguan yang lain dari biasa-biasa sahaja yang diceritakan selepas ini.

JM M ternampak ular hitamdi dalam klinik, mereka memanggil jiran yang duduk berhampiran klinik untuk menangkap dan membunuh ular tersebut. Ular berjaya ditangkap dan dibunuh. Selepas itu JM M tidak sedarkan diri.

Tahun 2018
Kedengaran bunyi-bunyian didalam klinik dan berbau kapur barus. JM M dan JM H tidak masuk kedalam KD, mereka hanya berada di pondok diluar klinik. Anggota KD hanya akan masuk kedalam KD sekiranya ada klien yang datang untu perkhidmatan. Klien datang bersama 3 orang anak untuk pemeriksaan rutin anaknya. Anak beliau yang sulong telah menarik tangan adiknya dan meminta ibunya cepat keluar dari klinik. Apabila ditanya, kanak-kanak itu memberitahu dia nampak ada seorang nenek tua berambut panjang dan berkuku panjang sedang mengusap-usap rambut adiknya yang berusia 3 tahun.





Seorang klien datang ke KD untuk mendapatkan perkhidmatan, dia mendengar suara orang bercakap di dalam KD tetapi pintu KD tidak dibuka. Beliau telah menghubungi JM M untuk bertanya kenapa pintu KD tidak dibuka. JM M menyatakan mereka berdua tiada di KD, mereka ada di KD Gedangsa atas urusan perkhidmatan.

Tahun 2019
Gangguan-gangguan dan kejadian-kejadian pelik semakin menjadi-jadi dan menyebabkan anggota mula takut dan perkhidmatan KD terganggu.

Januari
Seorang pesakit TB datang untuk mengambil ubat DOTs. Selepas beliau memakan ubat, beliau telah meminta anggota kesihatan keluar dari KD kerana beliau ternampak makhluk aneh di dalam klinik.

JM M dan JM H menghidu bau yang sangat wangi (seperti bau campuran serai) tiba-tiba JM M Nampak lauan yang lurus, cahaya merah dan putih berselang-seli. Beliau merasakan badanya merasa ringan dan sakit kepala. JM H membawa JM M keluar dari KD. JM M memberitahu adaLEMBAGA HITAM didalam KD.

Mac
Seorang kanak-kanak yang hadir ke KD dengan ibunya telah menangis meminta ibunya keluar dari KD, apabila ditanya dia memberitahu ada seorang nenek tua yang sangat menakutkan memanggil dia.

Selepas itu, seorang Jururawat Kesihatan (JK) N, telah mengalami hysteria semasa beliau sedang menjalankan perkhidmatan di KD. Menurut beliau, ada 3 makhlik aneh yang menganggu beliau (lembaga hitam, nenek tua dan perempuan yang berambut panjang). Ketika kejadian JM M telah meminta bantuan dari penduduk berhampiran. Sebaik sahaja JK N sedar, kedengaran isteri kepada penduduk yang membantu tadi pula mengalami hysteria di luar KD. JK N telah dibawa ke KK Sg. Selisek untuk rawatan.

Tindakan Yang Telah Diambil
Perubatan Islam telah dipanggil beberapa kali untuk menjalankan sesi pemulihan KD, tetapi ianya bertahan untuk tempoh yang tidak lama dan kejadian-kejadian aneh akan berlau semula.

Ketika proses pemulihan KD, operasi KD di pindahkan ke KK Sg. Selisik yang terletak 5 km dari KD atau ke KD Gedangsa 6.5km dari KD. Klien boleh memilih untuk meneruskan rutin pemeriksaan di mana-mana yang mereka lebih selesa. Anggota KD yang menelefon klien untuk menukar tempat pemeriksaan.

Menerusi surat yang dihantar ke Kementerian Kesihatan, satu arahan siasatan dilakukan bagi mengetahui kesahihan perkara yang terjadi di Klinik Desa Gesir Tengah. Diharapkan tindakan yang bakal diambil nanti mengambil kira kebajikan kakitangan bertugas dan capaian perkhidmatan penduduk setempat.

Kisah yang dikongsikan ini turut mendapat komen yang pelbagai dari pembaca yang rata-rata seram dengan apa yang berlaku

Sumber Lubukviral