Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Aliff Aziz ‘kantoi’ lagi?

Image result for Aliff AzizKUALA LUMPUR 14 Mei – Tidak pernah serik, pelakon Aliff Aziz sekali lagi didakwa berlaku curang dengan seorang wanita baru-baru ini.



Menerusi gambar yang tersebar melalui media sosial, Aliff yang tidak mengenakan baju itu dilihat sedang dipeluk wanita yang dikatakan teman wanita terkininya.

Perkongsian yang dibuat seorang pengguna laman sosial yang juga mendakwa dirinya sebagai rakan kepada wanita yang dimaksudkan menjelaskan dia sangat kecewa dengan rakannya itu yang dikenali sebagai Nismell.

“Nismell takkanlah dengan laki orang pun kau nak?.

“Tak kesian ke dengan anak bini dia, malu lah sikit, kau nak jadi apa.

“Semoga Allah memberi balasan kepada kau,” tulisnya menerusi Instastory.





instaSementara itu, wanita ini juga turut berkongsi muat naik perbualannya dengan isteri kepada Aliff, Bella Astillah.

Bella yang sempat berterima kasih dengan perkongsian itu, turut memuji tindakan wanita tersebut yang dilihat cuba membantu dirinya.

Bella ketika dihubungi Utusan Online untuk mengulas kontroversi terbaharu yang membabitkan suaminya ini bagaimanapun hanya sempat berterima kasih kepada mereka di luar sana yang terus menyokong dirinya.

Terdahulu selepas kes kontroversi bersama pelakon Afifah Nasir, Aliff sekali lagi didakwa berlaku curang dengan seorang pelakon wanita Oktovia Menrose baru-baru ini. – UTUSAN