Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

6 Pendaki Maut Terperangkap Kesesakan Di Everest

NEPAL – Enam pendaki dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh seminggu lalu di puncak gunung Everest selepas terperangkap dalam kesesakan barisan panjang.

Kejadian itu berlaku semasa hari pendakian paling sibuk yang pernah direkodkan di atas banjaran itu.

Donald Lynn Cash dan Anjali Kulkarni masing masing berusia 55 tahun jatuh akibat kesan altitut selepas sampai ke puncak pada Rabu lalu.

Kedua dua mereka berjaya mengharungi pendakian gunung yang dikatakan bumbung dunia setinggi 8848 meter atau 29, 028 kaki atas paras laut.



Ketinggian itu adalah disifatkan sebagai paras maut kerana tidak ada oksigen mencukupi untuk jasad manusia untuk terus bernafas lama.

Pasangan itu terpaksa menunggu dalam barisan panjang bersama ratusan pendaki lain yang menggunakan sebaik-baiknya keadaan cuaca cerah untuk melakukan pendakian ke puncak.

Donald dari Utah mengambil gambar selepas tiba ke puncak gunung Everest sebelum jatuh setelah melakukan pendakian tanpa henti selama 12 jam dari Camp VI.

Sherpa Nepal yang memberikan rawatan kecemasan CPR dan cuba membawa turun mengikut jalan pintas namun meninggal dunia beberapa jam selepas itu berhampiran ‘Hillary Step’.

Menurut wartawan pendakian gunung, Alan Arnette jasad Donald tidak akan diturunkan memandangkan itu tempat terakhir dia yang diimpikan selama ini.

“Di situlah tempat rehat dia selama lamanya seperti yang diimpikan,” kata rakan pendaki itu.

Anjali Kulkarni dari India pula sedang dalam perjalanan berpatah balik dari puncak selepas jatuh sakit.

Akhbar Himalayan Times melaporkan dia dan suaminya mereka adalah sebahagian daripada enam pendaki dan berjaya sampai ke Camp VI.

Usaha sedang diambil untuk menurunkan mayatnya dari gunung itu.

Penganjur ekspedisi Pendakian Kulkarni, Arun Treks berkata, kelewatan yang berlaku di puncak Everest punca wanita itu meninggal dunia.

Thupden Sherpa berkata, dia terpaksa menunggu lama sangat untk sampai ke puncak gunung dan turun semula.

Dia tidak dapat bergerak sendiri sebelum meninggal dunia di situ dan sherpa memandu untuk menurunkan mayatnya.

Pada Khamis lalu, tiga lagi pendaki disahkan mati selepas dikatakan terperangkap dalam kesesakan hampir 12 jam untuk sampai ke puncak Everest.





Kalpana Das, 52, dan Nihal Bagwan, 27, kedua-duanya mati semasa turun dari gunung.

Seorang lagi pendaki dari Austria berusia 65 tahun mendaki dari arah Tibet ke Everest juga disahkan mati manakala profesor dari Ireland Seamus Lawless juga disahkan meninggal dunia selepas terjatuh pada 16 Mei lalu.

Insiden maut berkenaan kini mencetuskan desakan supaya bilangan pengeluaran permit pendakian dikurangkan segera ekoran peningkatan angka kematian ketika ini.

Nepal telah meluluskan 382 permit pendakian Everest melibatkan kos 8,600 pound atau $11,000 dolar Amerika( RM46, 050) setiap seorang pada musim pendakian.

Terdapat semusim yang hanya terdapat 7-12 hari sahaja cuaca akan cerah dan memudahkan pendaki sampai ke puncak Everest tanpa masalah.

Ia mengakibatkan para pendaki terpaksa memulakan pendakian serentak dalam kelompok besar.

Gambar kesesakan teruk di sepanjang menuju ke puncak Everest yang diambil Nirmal Puja yang juga berjaya sampai ke puncak dunia itu pada Rabu lalu.

Ia merupakan antara usaha mencipta rekod dunia beliau untuk mendaki kesemua 14 gunung yang terdapat di banjaran Himalayas dalam tempoh singkat tujuh bulan.

Seorang veteran tentera British yang berkhidmat 16 tahun dalam tentera kini terlibat dalam usaha meleburkan rekod sedia ada iaitu tujuh tahun 11 bulan dan 14 hari yang pernah catatkan pendaki sebelum ini. – Agensi