Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Liga Juara: Magis Messi singkir Man United

Image result for barcelona vs manchester 3-0 daily mailBARCELONA 17 April – Dua gol Lionel Messi dan kesilapan buruk penjaga gol, David de Gea menyingkirkan Manchester United daripada Liga Juara-Juara selepas tumpas 0-3 kepada Barcelona dalam suku akhir kedua di Camp Nou hari ini.

Gergasi Liga Perdana Inggeris itu tersingkir secara agregat 0-4 selepas kalah 0-1 di tempat sendiri, minggu lalu.




Magis Messi sekali lagi memberi pengaruh besar kepada Barca apabila dia meletakkan tuan rumah di depan seawal minit ke-16 menerusi rembatan cantik dari jarak 20 meter.

Empat minit kemudian, United dihukum lagi selepas De Gea hanya mahu melihat tendangan lemah Messi melewati bawah badannya untuk tuan rumah mendahului 2-0.

Memasuki babak kedua, United masih gagal menyaingi Barcelona, dan bekas bintang tengah Liverpool, Philippe Coutinho menambah jaringan ketiga tuan rumah menerusi rembatan lencong dari jarak jauh.


United memperoleh beberapa peluang, namun rembatan Marcus Rashford di awal permainan terkena palang manakala tandukan cantik Alexis Sanchez diselamatkan penjaga gol, Marc Andre ter Stegen pada minit ke-90.

Ini adalah malam yang pasti meninggalkan kenangan buruk buat pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer beraksi di stadium yang menyaksikan dia meledak gol kemenangan Red Devils pada waktu kecederaan ketika pasukan itu muncul juara pada 1999.

Barcelona kini akan berdepan pemenang di antara Liverpool atau Porto yang bakal berentap esok. – AGENSI