Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Padah bocor pengakhiran ‘Avengers: Endgame’, lelaki teruk dibelasah

SERAMAI 11 individu diberikan amaran selepas dikesan cuba merakamkan filem ‘Avengers : Endgame’ pada hari pertama ditayangkan di pawagam di Johor, malam tadi.FILEM Avengers: Endgame baru beberapa hari ditayangkan di pawagam seluruh dunia, namun, hati-hati ya, jangan cuba sebarkan spoiler!

Gara-gara ‘membocorkan’ pengakhiran cerita filem adiwira popular itu, seorang lelaki dibelasah cukup-cukup oleh peminat yang masih belum menonton Avengers: Endgame.




Portal berita Taiwan TVBS melaporkan, kejadian itu berlaku di luar sebuah pawagam di Causeway Bay, Hong Kong.

Sekeping gambar yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki didakwa dipukul dan berdarah di kepala kerana perbuatannya membocorkan cerita itu.

Menurut laporan awal, kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan yang baru saja keluar dari pawagam selepas menonton filem tersebut sengaja melaungkan pengakhiran filem itu di hadapan orang ramai, yang belum menontonnya.





Tindakannya itu telah menimbulkan kemarahan ramai, yang seterusnya mengambil keputusan untuk membelasah lelaki tersebut.

Avengers: Endgame ditayangkan bermula 24 April lalu di 24 negara termasuk Taiwan, China, Hong Kong, Malaysia, Singapore, and Korea Selatan.

Sebelum ini, pengarahnya, adik-beradik Anthony Russo dan Joseph Russo sudahpun mengeluarkan peringatan supaya spoiler filem berkenaan tidak disebarkan demi menghormati orang lain seterusnya dapat memastikan semua orang seronok dan teruja menontonnya.



,