Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Sergio Aguero mendahului perebutan kasut emas

LONDON 20 Mac – Nampaknya bukan sahaja perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) sengit tetapi gelaran penjaring terbanyak dalam liga paling kompetitif itu turut mengalamai situasi yang sama.




Ketika ini, Manchester City dan Liverpool masing-masing memburu trofi EPL manakala Manchester United, Chelsea dan Arsenal pula berebut tiket ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Situasi yang sama turut dikongsi tiga penyerang iaitu Sergio Aguero (City), Mohamed Salah (Selangor) dan Harry Kane (Tottenham) untuk memburu kasut emas pada musim ini.

Penyerang Argentina, Aguero kini mendahului senarai penjaring terbanyak dengan 18 gol manakala penjaring terbanyak tahun lalu, Salah bersama tiga lagi pemain pemain sudah meledak 17 gol.

Tiga pemain tersebut adalah Kane, Pierre-Emerick Aubameyang dan Sadio Mane manakala Raheem Sterling pula menjaringkan 15 gol.


Salah yang meledak 32 gol musim lalu mengatasi pencabar terdekat Kane (30) berdepan masalah prestasi dalam beberapa minggu ini selepas dia kehilangan sentuhan apabila gagal menjaringkan walau satu gol dalam tujuh perlawanan untuk semua kejohanan.

Bagaimanapun, bos Liverpool, Jurgen Klopp tetap menaruh keyakinan kepada Salah yang mampu kembali mendapatkan semula rentaknya untuk memburu lebih banyak jaringan.

Bagaimanapun, City yang mempunyai baki satu perlawanan selain masih berada dalam tiga kejohanan iaitu Liga Juara-Juara, Piala FA dan EPL membuka peluang kepada Aguero dan Sterling untuk meledak lebih banyak gol.

Namun, tugas sukar menanti City apabila mereka perlu menghadapi Tottenham dan United pada hujung musim ini. – AGENSI



,