Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ramalan tepat rakyat Malaysia ini tarik perhatian pemain Manchester United

Image result for solskjaer psg 1-3 man united 2019Memang satu kebiasaan apabila kita membuat ramalan tentang perlawanan yang melibatkan pasukan kegemaran kita. Biasanya ia dilakukan secara suka-suka. Ada kalanya ia mengena, ada kalanya ia tidak. Tetapi tiada siapa menyangka ramalan anak muda dari Malaysia ini akan menjadi sebutan di seluruh dunia.




Sebelum perlawanan di antara PSG menentang Manchester United yang berlangsung pada pukul 4 pagi hari Khamis (Waktu Malaysia) yang lalu, seorang peminat Manchester United dari Malaysia, Timmy Chin telah membuat satu ramalan berkenaan perlawanan itu.

Apa yang menakjubkan, tekaan Timmy ini benar-benar berlaku dan Manchester United berjaya membuat kebangkitan dramatik untuk layak ke suku akhir Liga Juara-Juara menerusi dua jaringan Lukaku dan tendangan penalti yang disempurnakan Marcus Rashford di hujung permainan.

Tweet Timmy ini telah berjaya mencuri perhatian bukan sahaja peminat Manchester United dari seluruh dunia, tetapi juga daripada pemain Manchester United sendiri.


Selepas dicabar oleh ketua pasukan Manchester United, Ashley Young, nampaknya Timmy Chin telah membuat satu lagi ramalan menjelang perlawanan hujung minggu ini berdepan Arsenal. Adakah ramalannya kali ini akan tepat juga? Sama-sama kita nantikan.