Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Polis gemuk kena sertai kem mengurangkan berat badan

POLIS Thailand yang mengalami masalah kegemukan perlu menyertai BANGKOK 14 Mac – Mana-mana anggota polis yang mengalami masalah kegemukan di Thailand telah dihantar menyertai kem mengurangkan berat badan menerusi program ‘Belly Destruction’.



Portal Oddity Central melaporkan, balai polis di Thailand mula menghantar anggota-anggota mereka yang paling gemuk ke Pusat Latihan Polis di Pak Chong itu selamq dua minggu selepas kejayaan program rintis berkenaan.

Difahamkan, anggota polis menyertai kem tersebut perlu menunggang basikal dan mengamalkan diet kaya protein bagi menurunkan berat badan sebanyak mungkin.




Gambar anggota polis sedang membuat senaman rutin dalam program tersebut menjadi tular di media sosial

Kira-kira 200 anggota polis Thailand mengambil bahagian dalam kem ‘Belly Destruction’ tersebut.

Menurut media tempatan, polis yang mempunyai berat 200 kilogram telah berjaya mengurangkan berat sebanyak 60 kilogram manakala anggota yang lain sekitar 20 kilogram. -AGENSI