Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Piala Airmarine 2019 tiada unsur kaut keuntungan – Stuart

Image may contain: one or more people and indoorKUALA LUMPUR – Sokongan “ekor” Harimau Malaya sangat diperlukan menjelang aksi pertama Piala Airmarine 2019 esok dalam usaha memberikan tonik buat pemain berdepan musuh tradisi Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.

Perkara tersebut disuarakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila terdapat dakwaan kononnya badan induk bola sepak negara menjadikan skuad Harimau Malaya alat mengaut keuntungan sehingga menyebabkan harga tiket dinaikkan.




Berdasarkan sudut pemasaran dan komersial, FAM perlu memaksimumkan nilai pasukan kebangsaan bagi menjana pendapatan dan mencari sumber kewangan untuk disalurkan semula ke dalam bentuk pembangunan pasukan kebangsaan pelbagai peringkat umur.

Sebagai badan induk yang berdepan masalah kewangan terhad, FAM mengalu-alukan tawaran pihak ketiga seperti ProEvents menganjurkan kejohanan.

Bagi Piala Airmarine 2019, ProEvents sebagai promoter kejohanan mengambil risiko menganjurkan kejohanan sebegini dengan mencari sumber tajaan sendiri dan menanggung kos operasi penganjuran termasuk membawa masuk tiga negara iaitu Singapura, Oman dan Afghanistan ke Kuala Lumpur.

Justeru, harga jualan tiket yang telah ditetapkan itu adalah bagi menampung kos-kos yang berkaitan. Sebelum ProEvents meraih keuntungan, pihaknya perlu menampung terlebih dahulu kos yang telah dibelanjakan.

“Harga tiket RM35 untuk menyaksikan dua perlawanan bagi setiap hari perlawanan Piala Airmarine seharusnya tidak dijadikan isu oleh penyokong yang sentiasa berdiri teguh di belakang skuad Harimau Malaya.

“Sebagai perbandingan, pada tiga perlawanan persahabatan antarabangsa tahun lalu yang ditanggung sepenuhnya kos penganjuran oleh FAM dengan mengenakan harga tiket terbuka di antara RM20 dan RM30, FAM telah menanggung kerugian selepas ditolak segala kos penganjuran.

“Di sebalik kos penganjuran yang tinggi, FAM sentiasa mentikberatkan usaha memenuhi tuntutan semasa dan mengambil kira pandangan penyokong yang mendesak sistem tiket di stadium dipertingkatkan.

“Sebab itu sistem kemasukan ke stadium menggunakan Kod QR diperkenalkan pada kejohanan Piala Airmarine 2019. Pengenalan Kod QR dan sebarang penambah baikan dalam bentuk akses ke dalam stadium memberi kesan kewangan kepada FAM,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menerusi kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

Dalam pada itu, Stuart menjelaskan tiket Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2020 lebih rendah memandangkan memandangkan ia mendapat bantuan kewangan daripada pihak AFC sendiri.

“Bagi yang tertanya-tanya mengenai harga tiket Piala Airmarine 2019 berjumlah RM35 untuk dua perlawanan manakala harga tiket serendah RM20 untuk dua perlawanan bagi Kelayakan Kejuaraan AFC B-23 2020 di Stadium Shah Alam, ada perbezaan bagi kedua-dua kejohanan ini.

“Kos penganjuran Piala Airmarine 2019 ditanggung sepenuhnya oleh ProEvents tanpa bantuan kewangan daripada mana-mana pihak manakala Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020 biarpun dianjurkan oleh FAM selaku tuan rumah, tetapi kos penganjurannya mendapat sedikit geran atau bantuan kewangan daripada AFC,” katanya. – K!



,