Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Melaka United pantau tahap kecergasan Liridon

Adakah masa Liridon Krasniqi bersama Melaka United bakal hampir ke penghujungnya?

Bekas pemain Kedah itu nampaknya sedang bertarung dengan masa untuk segera mendapatkan semula kecergasannya selepas dia terpaksa menjalani rawatan di Jerman ekoran masalah otot paha.

Dengan jendela perpindahan kedua yang akan tiba, Liridon tidak mempunyai banyak masa untuk menunjukkan aksi terbaiknya bersama Melaka United sekaligus mengekalkan tempatnya sebagai salah seorang pemain import pasukan itu.




Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Datuk Wira Yusoff Mahadi dalam satu laporan Stadium Astro mengesahkan bahawa mereka akan memantau perkembangan Liridon terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya masih belum pasti memandangkan rawatan itu pasti memberikan kesan terhadap kecergasannya.

“Kami masih memantau tetapi belum sampai ke tahap mahu menggugurkannya.

“Kami perlu melihat keadaannya selepas menjalani rawatan itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan lain.”

Liridon kini sedang berlumba untuk segera pulih sebelum perlawanan berdepan Perak pada 29 Mac nanti. Melaka tewas dalam perlawanan terakhir mereka kepada Terengganu FC di Kuala Terengganu, tetapi aksi terakhir Liridon bersama Melaka menyaksikan mereka menang 2-0 ke atas Kuala Lumpur.