Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Mane, Van Dijk bawa Liverpool ke suku akhir

Sadio Mane celebrates scoring his second goal to put the last 16 tie to bed to send Bayern Munich crashing out at homeJaringan berganda daripada Sadio Mane manjadi inspirasi buat Liverpool menewaskan Bayern Munich 3-1 di Arena Allianz yang menjamin kemaraan mereka ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Penyerang kebangsaan Senegal itu menjaringkan gol pembukaan gemilang pada minit ke-26 untuk memberikan skuad kendalian Jurgen Klopp itu kelebihan gol di laman lawan.




Selepas aksi pertama yang berakhir tanpa jaringan di Anfield, 20 Februari lalu, aksi kedua kali ini berlangsung lebih sengit dengan pelbagai kesilapan dilakukan kedua-dua pasukan.

Bayern menyamakan kedudukan pada penghujung babak pertama menerusi gol sendiri Joel Matip, namun skuad kendalian Niko Kovac itu tidak berupaya untuk bangkit meraih kemenangan.

Virgil van Dijk kemudian menambah derita Bayern dalam babak kedua sebelum Mane mematikan hasrat mereka dengan gol peribadi kedua pada enam minit terakhir perlawanan.

Fabinho, yang sudah lama tidak tersenarai dalam kesebelasan utama Liverpool, terpaksa dimasukkan pada minit ke-13 selepas Jordan Henderson dilanda kecederaan buku lali.

Bagaimanapun, pelawat terlebih dahulu di depan — selepas Roberto Firmino mensia-siakan peluang di depan gawang — dengan Mane memanfaatkan rembatan kencang Van Dijk untuk melakukan sungkitan mudah yang menewaskan Manuel Neuer.

Namun, kelebihan itu dipadamkan Bayern pada enam minit terakhir babak pertama dengan Sergy Gnabry, yang melepasi kawalan Andy Robertson, melakukan percubaan yang memaksa Matip terjaring bola ke gawang sendiri dengan tekanan yang turut diberikan Robert Lewandowski.

Neuer kemudian melakukan aksi menyelamat gemilang untuk menafikan percubaan Mohamed Salah pada minit ke-50, namun Bayern kekal bergelut untuk mencari rentak terbaik mereka.

Lewandowski sepatutnya dipersalahkan ketika dia gagal menyekat Van Dijk daripada menjaringkan gol kedua pelawat selepas menerima sepakan sudut James Milner pada minit ke-69.

Perjuangan Bayern akhirnya ditamatkan menerusi gol lewat permainan Mane yang turut dibantu hantaran lintang Salah.

,