Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kim Swee gugur 4 pemain, Wajib menang dua aksi pertama

ONG KIM SWEE ketika memantau sesi latihan skuad bawah 23 Malaysia KUALA LUMPUR 20 Mac –Tiada gunanya Malaysia beraksi di laman sendiri dengan padang yang sudah serasi jika pemain gagal memanfaatkan kelebihan itu, terutama dalam dua aksi pembukaan kelayakan Kejuaraan AFC Bawah 23 (B-23), tegas Datuk Ong Kim Swee.

Ketua Jurulatih Malaysia B-23 itu juga mahu anak-anak buahnya mengambil kesempatan penuh beraksi di Stadium Shah Alam bermula Jumaat ini, apatah lagi taruhan mereka amat besar iaitu tiket Sukan Olimpik 2020 untuk diburu.




Ketika ditanya sama ada beliau mengharapkan penyokong membanjiri venue perlawanan sepanjang kejohanan dari 22 hingga 26 Mac, Kim Swee berkata, sokongan peminat memang membantu tetapi beliau lebih bimbang memikirkan prestasi pemainnya sendiri.

“Ya, kita tahu penyokong memainkan peranan yang cukup penting. Dengan kehadiran penyokong ia akan memberi motivasi kepada pemain.

“Bagaimanapun, pemain sendiri harus mengambil kesempatan kerana kita bermain di tempat sendiri, padang sendiri yang pemain pun sudah biasa.

“Amat penting untuk kita fokus dalam setiap perlawanan,” kata­nya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Begitupun, kata Kim Swee lagi, kelebihan bermain di Shah Alam sambil disaksikan ribuan penyokong akan menjadi sia-sia jika pemain sendiri yang mero­sakkannya.

“Kalau penyokong datang sampai penuh stadium sekali pun tetapi pemain sendiri tidak fokus 100 peratus, kita tidak boleh cakap kelebihan apa pada kita.

“Tidak kira siapa lawan kita sama ada Filipina, Laos mahu pun China, kita perlu capai matlamat,” katanya lagi.

Datuk Ong Kim Swee Muktamad Senarai Akhir 23 Pemain Ke Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020

Ia menyaksikan empat pemain digugurkan iaitu Kogileswaran Raj (Pahang), Nazirul Afif Ibrahim (Perak), Ariff Ar-Rasyid Ariffin (PKNS FC) & Ariusdius Jais (Sabah).

Malaysia akan memulakan kempen Kumpulan J dengan menentang Filipina pada Jumaat ini, diikuti Laos (Ahad) dan China, Selasa depan.

Juara setiap kumpulan bagi saingan kelayakan ini (11 pasukan) akan layak secara automatik ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2020 bersama tuan rumah, Thailand.

Hanya empat atau lima pasukan tempat kedua terbaik akan turut layak bagi melengkapkan senarai 16 pasukan.

Malaysia melakar sejarah mara ke suku akhir dalam penampilan sulung kejohanan di China, tahun lalu.

Begitupun Kim Swee berkata, beliau tidak dapat memberi jaminan sama ada anggota pa­sukan tersebut akan dikekalkan kali ini.



,