Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kelayakan AFC B-23: Kim Swee rayu penyokong ke stadium

(Dari kiri) Penolong Jurulatih Filipina, Randolfo Paolo Clarino, KUALA LUMPUR 21 Mac – Jurulatih skuad bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee menyeru agar penyokong dapat hadir menyaksikan perlawanan melibatkan Malaysia dalam saingan kelayakan Kejohanan AFC B-23 di Stadium Shah Alam bermula, esok.

Beliau berkata, sokongan daripada penyokong amat penting dalam usaha menyuntik motivasi pemain ketika beraksi di atas padang, lebih-lebih lagi skuad negara beraksi di laman sendiri dan ini merupakan peluang terbaik untuk mereka memburu tiket ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.




“Setahu saya apabila pasukan B-23 bermain, kita tahu penyokong akan hadir. Sama juga esok, di mana kita perlukan penyokong, yang secara tidak langsung akan memberikan motivasi kepada pemain.

“Ini amat penting, bukan sahaja menentang Filipina, esok, tetapi ketiga-tiga perlawanan (menentang Laos dan China). Saya harap penyokong dapat hadir beramai-ramai, sekali gus memberikan sokongan padu kepada kami.

“Kejohanan ini amat penting untuk kami melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Jepun,” kata Kim Swee dalam sidang akhbar menjelang pertembungan pertama skuad bimbingannya dengan Filipina di Stadium Shah Alam, esok.

Selain Filipina, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan J turut bakal berdepan Laos, Ahad ini, serta China dua hari berikut.

Kim Swee berkata demikian bagi mengulas tentang Piala Air Marine yang diboikot sekumpulan penyokong setia skuad Harimau Malaya iaitu Ultras Malaya yang berlangsung semalam dan Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tindakan tersebut dilakukan ekoran, rasa kurang senang penyokong dengan sebarang eksploitasi ke atas skuad Harimau Malaya untuk kepentingan dan keuntungan poket pihak-pihak tertentu.

Tonton live streaming di www.bptvstream.com