Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Jerman nyaris diaib Serbia

Image result for germany serbia 1-1BERLIN: Leon Goretzka menyelamatkan maruah Jerman kendalian Joachim Loew dengan gol penyamaan di babak kedua untuk keputusan seri 1-1 menentang Serbia.



Selepas keputusannya menggugurkan pemain-pemain veteran seperti Jerome Boateng, Mats Hummels dan Thomas Mueller mencetus kontroversi dua minggu lalu, Loew mengumumkan permulaan era baharu menjelang perlawanan persahabatan berkenaan.

“Secara keseluruhannya saya gembira dengan persembahan pemain-pemain. Anda boleh lihat terdapat sedikit masalah komunikasi, tetapi ia akan bertambah baik dengan pengalaman di peringkat ini,” kata Loew selepas perlawanan.

Skuad muda Jerman itu kelihatan selesa mengawal permainan tetapi Serbia memanfaatkan peluang pertama pada minit ke-12. Penyerang Eintracht Frankfurt, Luka Jovic yang tidak dikawal menanduk masuk bola melepasi Manuel Neur.

Jerman kemudian membawa masuk Marco Reus dan Leon Goretzka di babak kedua yang berjaya meningkatkan rentak permainan, tetapi aksi cemerlang penjaga gol Serbia Marko Dmitrovic menafikan beberapa percubaan anak buah Loew.

Selepas Leroy Sane dan Olkay Gundogan gagal memanfaatkan peluang, Goretzka menyamakan kedudukan pada minit ke-69.

Jerman akan memulakan kempen kelayakan Euro 2020 menentang Belanda di Amsterdam Ahad ini. – AFP