Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Guardiola setuju sertai Juventus

Image result for Pep Guardiola juventusLONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola dilaporkan bersetuju menggantikan Massimiliano Allegri sebagai pengurus Juventus.

Kontrak Allegri dijadualkan berakhir sehingga Jun 2020 tetapi kemungkinan memutuskan untuk mencari cabaran baharu di tempat lain pada musim panas ini.




Pengurusan Juve sedang membuat penilaian dan Guardiola dipercayai berada di kedudukan teratas senarai pilihan mereka.

Menurut wartawan Itali, Luigi Guelpa, Guardiola sudah menyatakan persetujuan secara lisan untuk ke Turin dan bersetuju secara prinsipnya untuk menandatangani perjanjian empat tahun.

Guelpa mendakwa maklumat yang diperolehnya itu adalah daripada sumber yang sama yang memberitahu Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Real Madrid untuk berhijrah ke Juventus.

“Saya dimaklumkan Pep Guardiola sudah bersetuju secara lisan untuk menandatangani kontrak dengan Juventus selama empat tahun,” kata Guelpa kepada Redio CRC.

“Berita itu disampaikan sumber yang sama yang memberitahu saya yang Ronaldo akan ke Juventus.”

Guardiola yang masih mempunyai kontrak bersama City sehingga penghujung musim 2020-21, pernah memenangi gelaran liga di Sepanyol, Jerman dan England.

Juve kini dalam landasan untuk merangkul gelaran Serie A buat kali kelapan berturut-turut. – AGENSI



,