Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Gadis 19 tahun hilang sejak Khamis

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang gadis yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu.

Dalam satu kenyataan media, Polis Kuala Lumpur memaklumkan, kehilangan Thangam Raja Muthu berusia 19 tahun telah dilaporkan di Balai Polis Tun H.S Lee.




“Kali terakhir gadis ini dilihat berada di alamat Nombor 9, Blok 3, Tingkat 13, Flat San Peng, Kuala Lumpur.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat bolehlah menghubungi Sarjan Abi Shafazeem Arshad, Balai Polis Tun H.S Lee di talian 013-5675872, Balai Polis Tun H.S Lee 03-9221 2222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.