Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Chelsea berpesta gol, Bergaya ke suku akhir

PARIS: Olivier Giroud menjaringkan hatrik bagi membantu Chelsea mara ke suku akhir Liga Europa dengan keputusan agregat 8-0 ke atas Dynamo Kiev, awal pagi tadi.

Selepas meraih kemenangan 3-0 pada aksi pertama peringkat 16 terbaik minggu lalu di Stamford Bridge, Chelsea yang muncul juara 2013 dilihat lebih dominan di Kiev meskipun pengurus, Maurizio Sarri melakukan beberapa perubahan dan menewaskan kelab Ukraine itu 5-0.




Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu sedang memburu trofi pertama di bawah kendalian pengendali dari Itali berkenaan selepas tewas di final Piala Liga Inggeris di tangan Manchester City bulan lalu selain mahu menjamin tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

“Kami bermula dengan sangat baik. Kami mahu bermula seperti ini,” kata Sarri. “Kami bermain babak pertama dengan sangat menarik dan mampu mengawal permainan pada babak seterusnya.”

Giroud yang masih belum disenarai dalam kesebelasan utama dalam aksi Liga Perdana pada 2019 selepas kelab itu mengikat Gonzalo Higuain menjaringkan dua gol pada babak pertama sebelum Marcos Alonso meledak gol ketiga pada penghujung babak pertama.

Giroud melengkapkan hatrik pertamanya bersama Chelsea dengan menanduk masuk hantaran Willian pada minit ke-59 dan kini mendahului senarai penjaring terbanyak kelab pada tahun ini dengan sembilan gol.


Pemain sayap muda, Callum Hudson-Odoi meneruskan rentak sempurnanya di Liga Europa, menjaringkan gol keempat peribadinya dalam kejohanan pada baki 12 minit terakhir permainan.

Meskipun gembira dengan pencapaian pasukan namun Sarri tetap memuji pemain tengah England, Ruben Loftus-Cheek, yang mempamerkan aksi cemerlang selepas diberi peluang beraksi.

“Potensinya sebagai seorang pemain adalah begitu tinggi,” katanya. “Secara fizikalnya, teknikalnya dan taktikalnya, dia menunjukkan peningkatan. Dia boleh menjadi salah seorang pemain tengah yang terbaik bukan saja di England tetapi juga Eropah.” – AFP