Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bapa Tuntut Keadilan Terhadap Kematian Adib, FRU Tidak Terima Arahan Surai Perusuh

Related imageSHAH ALAM – Suasana pilu menyelubungi Mahkamah Koroner selepas bapa anggota bomba, Mohd. Kassim Abd. Hamid meminta keadilan sewajarnya terhadap kematian yang menimpa anaknya, Muhammad Adib dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield dekat Subang Jaya, 27 November lalu.

Mohd. Kassim, 64, yang menjadi saksi ke-23 pada prosiding hari ke-15 hari ini membuat permintaan itu selepas Koroner Rofiah Mohamad bertanyakan ada apa lagi yang ingin diperkatakan sebelum prosiding berakhir.

“Saya minta pihak berwajib mengadili kematian anak saya betul-betul,” katanya dalam nada sugul.



Terdahulu, semasa sesi soal jawab melibatkan Mohd. Kassim dengan Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah, bapa anggota malang itu turut membuat permintaan sama.

Kata Mohd. Kassim, anaknya meninggal dunia dalam rusuhan dan meminta sesiapa yang bertanggungjawab untuk diambil tindakan kerana menyebabkan kematian anaknya.

“Saya mahu sesiapa yang terlibat dan rancang rusuhan ini diambil tindakan,” ujarnya.

Mohd. Kassim turut memberitahu, mereka sekeluarga begitu terkesan dengan kehilangan Allahyarham kerana tiada kegembiraan, bantuan dan banyak lagi kebaikan yang dibuatnya kepada keluarga.

Sementara itu Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) tidak dapat menyuraikan perusuh semasa kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya 27 November lalu kerana tidak mendapat arahan pihak atasan.

Saksi ke-21 yang merupakan Pegawai Penjaga Unit 1A FRU Cheras, Asisten Superintendan Shuhaimi Yaakub berkata, FRU bertugas mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) berdasarkan Public Order Manual iaitu FRU merupakan pasukan bantuan untuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

Menurutnya, FRU sepatutnya diberi taklimat untuk terus bersiap sedia atau mengambil tindakan.




“Superintendan Jefri ada berhubung dengan Ketua Polis Daerah Subang Jaya tetapi gagal dan menghubungi timbalannya dan arahan diterima adalah standby (siap sedia).

“Selepas tidak dapat menghubungi Ketua Polis Daerah, saya menghubungi Pegawai Medan yang dilantik IPD Subang Jaya iaitu Deputi Superintendan Nasir dan diberitahu untuk siap sedia,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah dihadapan Koroner Rofiah Mohamad tadi.

Berikut sedikit sesi soal jawab antara Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah dan Mohd. Suhaimi.

Hamdan : Kenapa FRU tidak ambil tindakan?

Shuhaimi : Dalam SOP dan garis panduan Public Order Manual, sebarang tindakan yang perlu diambil untuk menangani rusuhan hendaklah melaporkan kepada IPD. Saya bersama Pegawai Pemerintah Unit 1, Superintendan Jefri Muhammad dan beliau menghubungi Ketua Polis Daerah Subang Jaya tetapi gagal dan akhirnya dapat menghubungi Timbalannya dan diarahkan siap sedia.

Hamdan : Apakah yang ada dalam Public Order Manual?

Shuhaimi : Dalam public order manual bahagian ke-24, perenggan ke-19 menjelaskan bahawa tugas dan tindakan FRU sebagai pasukan simpanan bantuan untuk mengambil tindakan melalui arahan pegawai polis yang ditetapkan. Jika bantuan diberi kepada IPD, kami perlu merujuk sama ada ketua polis daerah atau pegawai kanan polis yang diberi kuasa oleh ketua polis daerah