Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Tok Gajah buat Penyu menangis

Image result for pahang 3-0 terengganuKUANTAN: Skuad Pahang meneruskan aksi cemerlang selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Tiga jaringan itu memastikan skuad kendalian Dollah Salleh meraih tiga mata yang juga kemenangan kedua berturut-turut.

Pada perlawanan itu, tuan rumah yang cemerlang membenam Kuala Lumpur 3-1 pada aksi pembukaan liga tidak menunggu lama untuk meledak gol pendahuluan hasil sentuhan penyerang berbisa, Dickson Nwakaeme seawal minit ke-12.



Persembahan bertenaga penyerang Nigeria itu ternyata memberi tekanan kepada pertahanan pelawat terutama penjaga gol TFC, Wan Azraei Wan Teh yang terpaksa bekerja keras menyelamatkan gawang daripada dibolosi.

Pada minit ke-22, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim terpaksa mengeluarkan Wan Azraei selepas penjaga itu mengalami kecederaan dan diganti dengan Muhammad Ilham Amirullah Razali.

Tiada percubaan berbahaya yang mampu dilakukan jentera serangan TFC untuk menguji penjaga gol Tok Gajah, Mohd Remezey Che Ros.

Sebaliknya, Pahang lebih banyak melakukan asakan dan hampir menambah jaringan selepas bola sepakan percuma penyerang Brazil, Jose Eduardo dari luar kotak penalti terkena palang pada penghujung separuh masa pertama.





Enam minit seawal babak kedua, pemain pertahanan, Goulon Herold menceriakan penyokong Tok Gajah apabila tandukannya memastikan gol kedua buat skuad itu sekaligus memberi tekanan kepada lawan.

TFC yang ketinggalan dua gol berusaha untuk mengurangkan defisit gol dan beberapa percubaan dilakukan tetapi gagal membolosi gawang tuan rumah termasuk percubaan tepat daripada Lee Tuck pada minit ke-56.

Pemain gantian, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo menambah derita skuad Penyu pada minit-minit akhir perlawanan untuk melengkapkan aksi cemerlang Pahang.

Bagi TFC, mereka terpaksa menerima hakikat bahawa skuad itu gagal membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata manakala Pahang kekal dengan rekod kemenangan kedua berturut-turut.



,