Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Sarri enggan salam Guardiola selepas Chelsea dimalukan

Image result for sarri guardiola refuse shake handMANCHESTER 11 Feb. – Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri enggan berjabat tangan dengan Pep Guardiola selepas pasukannya dimalukan 6-0 oleh Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris, hari ini.

City merampas kembali kedudukan pendahulu liga daripada Liverpool, berterima kasih kepada hatrik ke-11 yang disempurnakan Sergio Aguero dalam Liga Perdana.



Raheem Sterling pula meledak dua gol di Stadium Etihad manakala satu lagi jaringan tuan rumah disempurnakan Ilkay Gundogan.

Sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan, Sarri terus memasuki terowong ke bilik persalinan dan tidak nempedulikan Guardiola yang menunggu untuk berjabat tangan.

Kekalahan itu menyebabkan Blues gagal kembali dalam kelompok empat terbaik manakala City berkongsi 65 mata bersama Liverpool tetapi dipisahkan oleh perbezaan jaringan.

The Reds juga memiliki kelebihan satu perlawanan, sekali gus menjadikan perebutan gelaran liga musim ini semakin menarik.

Ketika sidang akhbar, Sarri tidak menafikan kedudukannya sebagai pengurus Chelsea kini dalam pemerhatian ekoran kekalahan terbaru.

“Saya rasa, ia sepatutnya memang begitu. Saya yang bertanggungjawab terhadap pasukan, jadi perkara itu (diperhatikan) adalah betul,” katanya.





BACA: Manchester City buat Chelsea merana

Jurulatih kelahiran Itali itu bagaimanapun menegaskan, dia tidak tahu sama ada Chelsea sedang membincangkan tentang masa depannya di Stamford Bridge.

“Anda kena tanya kelab sendiri tentang perkara itu, saya tidak tahu,” ujarnya lagi.

Blues yang akan menentang kelab Sweden, Malmo dalam saingan Liga Europa, Khamis ini kini menghuni tangga keenam liga dengan 50 mata, satu mata di belakang pasukan tangga keempat, Manchester United. – AGENSI