Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Piala FA: 6 Gol Manaf Mamat Padam Rekod Matlan Marjan, Batu Dua FC lakar sejarah menang 17-1

Image may contain: 6 people, people smiling, outdoorKUALA LUMPUR 18 Feb. – Kelab Liga Selangor, Batu Dua FC melakar sejarah tersendiri dalam saingan bola sepak Piala FA apabila menang besar 17-1 ke atas Rawang City FC pada perlawanan pusingan kelayakan di Stadium Majlis Perbandaran Ampang Jaya, di sini, malam tadi.

Bekas pemain kebangsaan, Abdul Manaf Mamat muncul wira pasukan yang berpangkalan di Kuala Selangor itu apabila meledak enam gol, bermula dengan sepakan penalti pada minit keempat.



Pemain berusia 31 tahun itu menambah lima lagi gol iaitu pada minit kesembilan, 45′, 57′, 67′-penalti dan minit ke-84′.

L’Imam Seydi dan Mohd Rizua Syafiq pula menjaringkan tiga gol, masing-masing pada minit ke-14, 36′ dan 65′ serta minit ke-52′, 70′, 81′.

Untuk rekod, jaringan terbanyak oleh seorang pemain di pertandingan Piala FA Malaysia dihasilkan oleh Matlan Marjan pada 1995, apabila Sabah membelasah Perlis 6-1.

Image may contain: 3 people, people playing sport and outdoorLima lagi gol Batu Dua FC dijaringkan oleh Mohd Fakhrurazi Musa pada minit ke-33, Badrul Hisyam Morris (42′), Mohd Faizal Abdul Aziz (44′), Mohd Izzad (76′) dan Azidan Sarudin pada minit ke-79 manakala gol tunggal pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Zhafiran Ahmad Zamri pada minit ke-30.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengubah format Piala FA yang menyaksikan penyertaan 38 pasukan amatur yang akan berentap dalam pusingan kelayakan Piala FA yang diperkenalkan pada 1990.

Daripada jumlah berkenaan, 14 merupakan pasukan yang beraksi dalam saingan Liga M3, manakala 24 pasukan lagi adalah pasukan daripada Liga M4.

Undian pusingan pertama Piala FA 2019 akan berlangsung esok di ibu pejabat MFL di Damansara Perdana.- BERNAMA