Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Paksa Teman Lelaki Pakai Baju Terpampang Wajahnya

SEORANG wanita yang amat bimbang jika ada wanita lain cuba mengganggu teman lelakinya mendapat idea untuk menghalang perkara itu daripada berlaku dengan meminta lelaki tersebut memakai kemeja yang memaparkan wajahnya.

Holly Cockerill menjadi tular di Twitter selepas dia berkongsi gambar teman lelakinya, Karl Hennan memakai baju tersebut.

Holly memberikan baju itu sebagai hadiah hari jadi teman lelakinya.



Baju itu turut disertakan dengan kata-kata amaran: “Jika anda membaca ini, anda telah melihat teman lelaki saya terlalu lama.

“Dan ini adalah caranya saya melihat anda jika saya berada di sini.

“Hi, saya Holly teman wanitanya!”

Posting yang dimuat naik pada petang Jumaat itu menerima lebih 12,000 tanda suka ketika ia dilaporkan oleh Manchester Evening News.




Seorang pelayar Twitter, Jefe berkata: “Karl kelihatan seperti mahu menangis.”

Pemuda itu turut memberikan komen balas kepada posting tersebut dengan berkata: “Sayang, saya sangat tidak mahu memakai baju yang sangat bodoh ini pada malam ini.

“Boleh saya tanggalkannya?”

Holly bagaimanapun tidak membenarkan teman lelakinya berbuat demikian dan meminta Karl memakainya sepanjang masa, termasuk ketika bersama keluarga.

Tidak lama kemudian, wanita terbabit menjelaskan bahawa semua itu adalah gurauan kerana mereka berdua suka bergelak ketawa. – Daily Record