Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Maafkan saya – TMJ

JOHOR BAHRU: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara terbuka mendedahkan masalah yang dihadapi pasukan itu sepanjang empat aksi lalu yang tampak kurang memberangsangkan berpunca daripada dirinya.




Menerusi kenyataan di laman rasmi Johor Southern Tigers, Tunku Ismail memohon maaf kepada staf kejurulatihan dan pemain skuad Harimau Selatan yang setiap tahun diberi tekanan untuk menyerlah pada saingan Liga Malaysia (Liga M).

“Masalah terbesar dalam JDT adalah, saya! Setiap tahun saya meletakkan banyak tekanan kepada pemain dan jurulatih. Kesalahan saya kerana tidak menyedari dan terlupa yang anda hanyalah manusia.

“Manusia tidak pernah sempurna. Kami mempunyai hari yang tidak bagus malah kami mempunyai kelemahan dan kadang-kadang terlalu mengikut emosi.


“Kami bukanlah robot. Kepada pemain dan staf saya. Maafkan saya,” kata Tunku Ismail dalam kenyataan itu.

Selepas mengharungi empat perlawanan Liga Super musim ini, JDT yang dibimbing Luciano Figueroa menghuni tangga kedua liga di belakang Kedah selepas mencatat tiga kemenangan dan satu seri.

Begitupun, kedua-dua pasukan itu hanya dibezakan menerusi perbezaan jumlah jaringan selepas masing-masing mengumpul 10 mata dengan JDT menewaskan Melaka United 2-1 pada aksi keempat, semalam manakala Kedah mengalahkan Petaling Jaya FC 2-0, Jumaat lalu.

Kedudukan JDT dan Kedah begitupun boleh dipintas Pahang yang dijadual menentang Selangor, malam ini.



,