Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Dahulu rangkul Anugerah Puskas, kini Faiz Subri tanpa pasukan

Sekitar awal tahun 2017 lalu, gegak-gempita arena bola sepak tempatan apabila seorang pemain kelahiran Malaysia berjaya merangkul anugerah berprestij iaitu FIFA Puskas Award pada tahun 2016.

Pemain itu ialah Mohd. Faiz Subri yang bermain bersama pasukan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (Penang FA) mengejutkan ramai dengan jaringan gol gaya ‘knuckleball’ ketika menentang Pahang FA pada musim 2016.



Lebih manis, beliau menerima anugerah tersebut daripada seorang lagenda bola sepak dunia, Ronaldo Luis Nazario de Lima setelah undian namanya mengatasi nama-nama lain seperti Marlone, Daniuska Rodriguez, Lionel Messi, Neymar dan Saul Niguez.

Malangnya, kejayaan merangkul augerah itu tinggal kenangan dan pemain tengah berusia 31 tahun tidak beraksi dengan mana-mana pasukan ketika ini.

Menurut laporan daripada New Straits Times (NST), Faiz Subri kini pulang ke kampung halamannya, Jitra, Kedah untuk memulakan sebuah perniagaan.

Pihak NST berusaha untuk menghubungi pemain tersebut namun beliau enggan memberikan sebarang komen. Bagaimanapun, NST berjaya mendapatkan komen daripada rakan baiknya.


“Apabila kontrak Faiz tamat pada november tahun lalu, Penang FA ada memanggilnya untuk menjalani ujian pemilihan namun beliau menolaknya,”

“Faiz juga tidak mahu berhijrah ke pasukan lain memandangkan beliau perlu berpindah bersama-sama keluarganya yang terdiri daripada 3 orang anak yang masih kecil, dimana beliau rasakan tidak sesuai ketika ini.” kata rakan baik Faiz Subri yang tidak mahu dinamakan kepada NST.

Jika dirujuk kepada tarikh-tarikh penting kalendar bola sepak Malaysia yang dikeluarkan oleh Malaysian Football League (MFL), hari ini, 20hb Februari merupakan tarikh akhir untuk mendaftarkan pemain sebelum jendela perpindahan pertama musim 2019 ditutup.

Rakannya itu turut menambah “ Faiz belum berputus asa dengan bola sepak, yakin beliau mampu bermain dalam beberapa tahun lagi.”

“Faiz berharap untuk kembali semula ke Liga M pada jendela perpindahan kedua kelak dan dapat memberikan sumbangan kepada sukan yang dimininatinya.” – foxsports