Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Wanita Terkejut Jadi Pekak Hanya Untuk Suara Lelaki

SEORANG wanita didiagnos dengan keadaan kesihatan pelik apabila mendakwa menjadi pekak semata-mata kerana tidak dapat mendengar suara lelaki.




Pesakit yang hanya dikenali sebagai Chen berkata, dia merasa sakit dan mendengar deringan di telinga sebelum tidur.

Bagaimanapun, apabila bangun tidur keesokan harinya, dia panik ketika menyedari tidak dapat mendengar suara teman lelakinya.

Susulan itu, Chen terus ke Hospital Qianpu di wilayah Xiamen dan ketika melalui proses pemeriksaan, dia dapat pula mendengar suara doktor wanita.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Dr. Lin Xiaoqing berkata, pesakitnya itu dapat mendengar suaranya tetapi apabila ada pesakit lelaki masuk ke bilik sama dia tidak dapat mendengar apa yang diperkatakan pemuda itu.





Penyakitnya didiagnos sebagai kehilangan pendengaran frekuensi rendah kerana bekerja lewat malam hingga menyebabkan tubuhnya berhadapan tekanan kerana kekurangan tidur dan rehat.

“Keletihan dan tekanan kerja menyumbang kepada situasi itu hingga menyebabkan telingannya kehilangan sensitiviti kepada bunyi dan hanya dapat mengesan bunyi-bunyian yang khusus sahaja,” katanya.

Berikutan itu, Chen perlu menjalani rawatan bagi memastikan simptom yang dialaminya dapat pulih seperti sedia kala. – Metro.co.uk