Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ugut JPJ dengan pisau angkara gagal ujian memandu

Image may contain: one or more people, car, sky, outdoor and natureAKIBAT tertekan gagal ujian memandu buat kali keempat, penuntut kolej bertindak menghunuskan pisau terhadap anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di persimpangan lampu isyarat di Batang Benar, Mantin, di Nilai, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, dalam kejadian 10.23 pagi itu, suspek lelaki berusia 18 tahun berkenaan menjalani ujian memandu bersama anggota JPJ berusia 34 tahun terbabit.




Katanya, penuntut itu yang menjalani ujian ulangan buat kali keempat melakukan beberapa kesalahan termasuk tidak berhenti ketika lampu isyarat merah.

“Berikutan itu anggota terbabit memberitahu calon dia gagal lalu meminta memberhentikan kereta 50 meter dari persimpangan lampu isyarat.

“Ketika mahu menukar pemandu, suspek mengambil beg yang dibawa lalu mengeluarkan pisau pemotong sayur berukuran 30 sentimeter,” katanya kepada NSTP, hari ini.




Image may contain: 1 person

Suspek

Image may contain: one or more people and outdoorMohd Nor Marzukee berkata, suspek menghunuskan pisau pada rusuk kanan anggota JPJ berkenaan dan dengan tegas memaklumkan mahu lulus ujian memandu.

“Anggota terbabit bagaimanapun dapat membuka pintu kereta lalu keluar dari kenderaan berkenaan sebelum menghubungi penyelia calon dan polis bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Menurutnya, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan membawa suspek ke Balai Polis Mantin, di sini.

“Ujian air kencing turut dilakukan ke atas suspek yang berasal dari Kuala Lumpur namun mendapati dia negatif dadah. Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan bunuh,” katanya.