Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

The Professor kembali melatih

KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih skuad kebangsaan, Nelo Vingada kembali bertugas selepas menyertai barisan kejurulatihan pasukan Iran yang ketika ini sedang beraksi dalam Piala Asia 2019 yang sedang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Perkembangan itu diumumkan menerusi Tehran Times, hari ini.




Vingada yang terkenal dengan gelaran ‘The Professor’ sekali lagi akan membantu Carlos Quieroz sebagai kakitangan kejurulatihan bagi menghadapi temasya berprestij itu.

Skuad Iran bakal berdepan Vietnam pada aksi kedua hari ini selepas cemerlang membelasah Yemen 5-0 pada aksi pertama.

Bekas jurulatih skuad Bawah 23 tahun (B-23) Iran itu bukanlah asing di benua terbabit memandangkan dia sebelum ini pernah mengendalikan Arab Saudi dan juga Jordan.





Malah, pengendali kelahiran Portugal itu pernah membimbing pasukan paling popular di Iran, Persepolis pada 2009.

Sebagai rekod, Vingada dilantik sebagai jurulatih skuad Harimau Malaya pada Mei 2017 namun jodohnya bersama pasukan kebangsaan tidak berpanjangan.

Selepas gagal meraih sebarang kemenangan dalam tujuh aksi diharungi, Vingada mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada Disember 2017 dan digantikan Tan Cheng Hoe.



,