Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Tersesat kerana terlalu percayakan aplikasi Waze

JENJAROM – Gara-gara terlalu mengikut aplikasi navigasi Waze untuk ke lokasi dituju, seorang wanita tersesat dalam sebuah ladang kelapa sawit, di sini semalam




Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 8.36 pagi. Menurutnya, sepasukan anggota ke lokasi untuk mencari mangsa yang sesat di Bandar Saujana Putra, di sini.




Bomba terima laporan seorang wanita berusia lingkungan 30-an menaiki kereta jenis Nissan Almera tersesat dalam ladang kelapa sawit selepas guna aplikasi navigasi Waze. Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa keluar dari ladang tersebut,” katanya.

Difahamkan, anggota bomba turut membantu mengeluarkan tayar kereta mangsa yang gagal bergerak terperangkap dalam selut tanah merah.