Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Tan Cheng Hoe sambung kontrak dua tahun lagi

KELANA JAYA 8 Jan.- Kedudukan Tan Cheng Hoe sebagai jurulatih skuad Harimau Malaya, akhirnya terjawab apabila menandatangani kontrak selama dua tahun lagi.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi berkata selepas melihat prestasi sepanjang setahun Cheng Hoe mengendali pasukan kebangsaan bermula Disember 2017.



“Selepas segala spekulasi yang timbul, hari ini kita menamatkan segala persoalan yang timbul dengan menawarkan kontrak baharu selama dua tahun kepada Cheng Hoe.

“Kali ini Petunjuk Prestasi Utama (KPI) lebih mencabar dan beliau bersedia menyahut cabaran tersebut,” katanya ketika sidang media di Wisma FAM, hari ini.




Bekas pengendali Kedah itu memulakan tugas menggantikan Nelo Viganda pada Disember 2017 dan berjaya membawa pasukan kebangsaan melangkah ke pentas final Piala AFF 2018.

Tugas lebih mencabar menanti Cheng Hoe untuk membawa pasukan negara menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia 2023 dan Piala Dunia 2022.- UTUSAN



,