Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Syazwan ke JDT, KLFA bakal ambil tindakan

Image result for Nokman MustaffaKUALA LUMPUR: “Dia buat kami terperangkap dan cara dia melakukannya sangat tidak beretika kerana kami sudah mencapai persetujuan lisan.”

Itu reaksi Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa ketika diminta mengulas Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak yang didakwa meninggalkan skuad The City Boys itu tidak sampai sebulan sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula 1 Februari ini.




Nokman menjelaskan selepas Syazwan kembali daripada tugasan bersama skuad kebangsaan, KLFA dan pemain berusia 22 tahun itu sudah mengadakan perbincangan berhubung soal gajinya dan dia sudah bersetuju secara lisan untuk melanjutkan kontraknya.

Bagaimanapun, KLFA terkejut apabila mendapat tahu dia dijangka menyertai juara Liga Super lima kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas bek kiri itu dikaitkan dengan perpindahan ke Melaka United (MU).

“Kami mendapat tahu daripada media dan dia kini berada di Johor. Dia ada menghantar surat untuk menyatakan mahu meninggalkan pasukan ini Rabu lalu, jadi kini kami terperangkap kerana sebelum ini, dia bersetuju selepas perbincangan diadakan dan sekarang dia berbuat begini.

“Dia menyatakan persetujuan secara lisan namun belum menandatangani kontrak, jadi kami percaya dengannya. Sama seperti Irfan Zakaria, dia menandatangani kontrak semalam (Khamis) namun Syazwan pula menyatakan sebaliknya.

“Saya berpegang pada janjinya namun nampaknya dia mengadakan perbincangan dengan pihak yang lain. Sudah tentu kami kecewa kerana dia mahu berjumpa dengan kami pada Rabu lalu tetapi dia tidak hadir,” katanya.





Nokman mengakui KLFA berdepan tunggakan gaji selama sebulan dan kelompongan dalam kontraknya yang menyatakan sekiranya dia berdepan tunggakan gaji, kontraknya boleh dianggap terbatal.

KLFA juga tidak menolak kemungkinan untuk mengheret pemain itu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sama seperti kes membabitkan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan Akhyar Rashid.

“Kami akan menunggu surat daripada JDT dan kami akan mengeluarkan maklum balas namun apapun, kontraknya bersama KLFA adalah sehingga November 2019.

“Dia sudah bersetuju pada perbincangan awal dan kami mungkin akan membawa kes ini ke FAM atau pihak yang lebih berkuasa,” katanya.



,