Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Proton X70 terbabas masuk parit jadi bahan lawak

Image result for x70 paritKAPAR – Tular di laman sosial kemalangan melibatkan kereta Proton X70 yang terbabas ke dalam parit di Jalan Keretapi Lama menghala ke Tok Muda, di sini, kira-kira jam 2.30 petang tadi.



Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas pemandu kereta berkenaan cuba mengelak kereta lain yang keluar dari simpang. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Di ruangan komen, seorang pengguna Facebook menjadikan kemalangan itu sebagai bahan lawak.

“Hi Proton, bring me home”… Proton lupa update map,.. masih map China.. tu yang bawa masuk parit tu.. (Hi Proton, bawa saya pulang ke rumah… Proton lupa nak kemas kini peta, masih (guna) peta China…

Bagi seorang lagi pengguna Facebook, Syukur Rapidin berharap agar urusan mangsa kemalangan dipermudahkan.

“Kepada yang gembira tu, mungkin sebab bukan kena pada diri atau keluarga anda…kalau kena pada diri sendiri, saat itu baru anda tahu perasaan kena gelak di saat anda kena musibah,” katanya.





Image may contain: car and outdoorImage may contain: car, sky and outdoorSeorang pengguna Facebook, Assalamualaikum Norrina mendakwa, kes kemalangan banyak berlaku di kawasan berkenaan disebabkan jalan tidak rata selain terdapat simpang di laluan berkenaan.

Sementara itu, ada kalangan netizen mendakwa, penggunaan arahan suara yang ada pada Proton X70 membahayakan pemandu.

“Kepada pengguna X70, jangan sesekali menggunakan ‘voice command’ ketika memandu. Kalau tak berfungsi, naye je,” tulis Abdul Rahman.

Bagi Mem Bangau berharap agar pemilik kenderaan tabah menghadapi dugaan itu.

“Kereta Proton X70 bahaya gak (juga) terlampau canggih ni kan, apa pun bertabah la pada pemilik kenderaan, moga semua baik-baik saja,” katanya.