Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Polis tembak mati lelaki jadikan kanak-kanak tebusan di Tuaran

TUARAN: Polis Sabah pada Ahad berjaya menggagalkan tindakan seorang suspek lelaki yang menculik dan mencederakan seorang kanak-kanak perempuan di sini.



Dalam kejadian di tingkat empat Pangsapuri Telipok Ria petang tadi, mangsa dilapor dikurung suspek berusia 30-an itu di sebuah rumah di pangsapuri berkenaan.

Dipercayai bahawa kanak-kanak itu mengalami pendarahan di bahagian leher dan ditahan sejak pukul 12.30 tengah hari ini.




Motif tindakan suspek didakwa oleh penduduk tempatan ingin membalas dendam.

Anak lelaki yang dipegang itu dipercayai merupakan anak jiran yang berjalan di koridor pangsapuri tersebut.

Difahamkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi itu berakhir pada jam 5.35 petang tadi dan kanak-kanak terlibat sudah dibawa ke hospital terdekat untuk tindakan lanjut.

Suspek mati ditembak pada 5.35 petang. Difahamkan, tindakan itu dilakukan selepas suspek enggan menyerahkan kanak-kanak terbabit walaupun polis sudah melakukan usaha memujuknya.