Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Peminat ancam mahu ‘boo’, Mo Salah tak kisah, selamba tayang kereta mewah

GAJI yang dimiliki pemain bola sepak antarabangsa membolehkan mereka memiliki kehidupan yang mewah dan dicemburui ramai.

Terbaharu, bintang sensasi Mo Salah mempamerkan kereta mewahnya, sebuah model Bentley.



Salah dirakam memandu bersendirian di Alderley Edge, Cheshire sewaktu dia keluar untuk makan tengah hari.

Mengenakan seluar jeans, t-shirt serta jaket, pemain itu kelihatan cukup santai dan bersahaja.

Sewaktu melangkah keluar dari keretanya, Salah dilihat mengangkat hoodie jaket yang dipakainya sehingga hampir menutupi wajah.

Gaya Mo Salah sewaktu dia keluar bersendirian baru-baru ini.

Dalam pada itu, pengendali Liverpool, Jordan Henderson memberi amaran kepada peminat pasukan itu yang mengancam untuk membuat sorakan boo kepada Salah dalam perlawanan akan datang.





Menurut Henderson, jika Salah menerima sorakan memalukan itu, ia sebaliknya akan menjadikan dia lebih kuat untuk membuktikan kemampuannya.

“Jika peminat melakukannya, dia tak akan kisah pun. Itulah mentaliti Mo Salah.

“Dia kuat, saya kenal dia. Lagi ramai yang menentang, lagi kuat dia mahu buktikan mereka salah. Saya langsung tak risau mengenainya,” ujar Henderson. – Mirror.UK.



,