Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Neymar pemain bola paling bernilai di dunia, Ronaldo terkeluar 10 carta teratas

BELGRADE, SERBIA - DECEMBER 11: Kylian Mbappe (L) and Neymar (R) of Paris Saint-Germain celebrate after the UEFA Champions League Group C match between Red Star Belgrade and Paris Saint-Germain at Rajko Mitic Stadium on December 11, 2018 in Belgrade, Serbia. (Photo by Srdjan Stevanovic/Getty Images)BINTANG Paris Saint-Germain (PSG), Neymar merupakan pemain bola sepak paling bernilai di dunia, menurut KPMG.




Pakar kewangan KPMG melancarkan alat baharu untuk menganggarkan nilai-nilai pemain bola sepak Eropah, dengan Neymar yang berusia 26 tahun menduduki tangga teratas sebanyak £206.5 juta (RM1.08 bilion).

Rakan sepasukan PSG Neymar, Kylian Mbappe, 20, menduduki tempat kedua dalam senarai dengan nilai anggaran £193.8 juta (RM1.02 bilion).

Sementara itu, legenda Barcelona berusia 31 tahun, Lionel Messi berada di tempat ketiga dengan nilai £183.2 juta (RM959.47 juta).





Penyerang Liverpool, Mohamed Salah merupakan pemain Liga Perdana Inggeris yang paling bernilai, dianggarkan £151.6 juta (RM794.03 juta), penyerang Tottenham, Harry Kane £136.1 juta (RM712.58 juta), pemain utama Chelsea, Eden Hazard £133.5 juta (699.66 juta) dan Manchester City, Kevin De Bruyne £116.6 juta (RM610.77 juta).

Pemain hadapan Atletico Madrid, Antoine Griezman dengan nilai £113.2 juta (RM592.96 juta), pemain tengah Manchester United, Paul Pogba £107.5 juta (RM563.05juta) dan pemain Barcelona, Philippe Coutinho £106.5 juta (RM557.61 juta) melengkapkan kedudukan 10 pemain teratas paling bernilai.

Bagaimanapun, pemain Juventus, Cristiano Ronaldo berada adalah di luar kedudukan 10 teratas dengan nilainya £96.5 juta (RM505.24 juta). – Mail Online