Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Mayweather hantar mesej merayu ajak Khabib berlawan

Image result for Ali Abdelaziz mengakui Floyd MayweatherPENGURUS MMA, Ali Abdelaziz mengakui Floyd Mayweather menghantar mesej rayuan kepadanya untuk dipertemukan dengan Khabib Nurmagomedov dalam perlawanan pada tahun ini.

Menurut Ali, mereka ada berbalas mesej dan berbicara mengenai hal itu, baru-baru ini.




Image result for Ali Abdelaziz mengakui Floyd Mayweather“Dia dan saya ada berbalas mesej pada bulan lepas.

“Jangan dia tak nak mengaku pula, jangan menipu Floyd. Saya akan dedahkan semuanya,” kata Ali.

Menurut jejaka itu, Floyd merayu kepadanya untuk diberikan slot perlawanan bersama Khabib.

“Saya cakap, usia dia dah 57 tahun. Badannya sudah lemah dan tak tak kuat.




“Orang fikir saya dah gila tapi saya rasa memang dia akan kalah di tangan Khabib. Khabib bukan seorang yang mudah berputus asa,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ali turut membuat perbandingan natara dua bintang itu.

Katanya, Floyd bukanlah seorang petinju namun dia hanya layak digelar sebagai atlet sahaja.

Katanya, Floyd hanya akan berlawan di dalam gelanggang sahaja manakala Khabib adalah petinju sebenar kerana dia sanggup berlawan di mana-mana sahaja.

“Khabib adalah petinju dan pejuang sebenar. Dalam lif, dalam pondok telefon sekalipun dia akan lawan,” katanya. – BJPENN.Com.