Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Masalah disiplin, Shahrol Shiro Ditamatkan Kontrak Penyampai Suria FM

Related imageKUALA LUMPUR – Disebabkan masalah disiplin, pelawak popular Shahrol Shiro ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio Suria FM berkuat kuasa pada 11 Januari lalu.



Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam.

“Memang benar kontrak Shahrol sebagai penyampai Suria ditamatkan lebih awal kurang enam bulan selepas berkhidmat bersama Suria.

“Dia sebenarnya menandatangani kontrak selama setahun, tetapi pihak kami terpaksa menamatkan kontrak tersebut lebih awal atas faktor prestasi kerja yang kurang memuaskan,” kata DJ Lin.




Antara masalah disiplin yang didakwa dihadapi Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi adalah ingkar perintah dan melanggar garis panduan kerja yang ditetapkan seperti tidak hadir bertugas tanpa pemberitahuan, lewat memulakan tugas sebagai penyampai segmen pagi, kerap mengambil cuti sakit tanpa sijil MC serta tidak menghadiri acara anjuran Suria.

Dalam pada itu, DJ Lin menegaskan pihak Suria masih tiada perancangan untuk mencari pengganti Shahrol bagi mengisi kekosongan dalam Team Pagi Suria. Sebaliknya, slot pagi Suria akan terus bersiaran seperti biasa bersama penyampai Issey dan Fizi Ali.

Terdahulu, Shahrol bersama kumpulan Shiro yang turut dianggotai oleh Ajak telah dinobatkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2018 pada Jumaat lalu. – K! ONLINE