Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kehadiran Ferguson impak besar – Pochettino

LONDON: Kehadiran Alex Ferguson pada sesi latihan Manchester United dilihat cukup penting untuk kelab itu, kata pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino yang dikaitkan akan mengambil tugas pengurus di Old Trafford musim depan.




Pochettino yang pasukannya bakal bertemu United di bawah bimbingan pengurus sementara Ole Gunnar Solskjaer di Wembley, esok, adalah peminat setia Ferguson, seorang yang dilabelkan pengurus Argentina itu sebagai ensiklopedia bola sepak.

Ferguson dilaporkan memberi kata-kata semangat kepada pasukan utama United selepas menerima jemputan daripada Solskjaer, penampilan pertamanya di sesi latihan sejak menjalani pembedahan pendarahan di kepala, Mei tahun lalu.

“Saya rasa ia berita yang menarik. Sudah tentu untuk beliau dan United ia sesuatu yang sangat penting,” kata Pochettino. “Dia adalah antara individu yang amat saya hormati dan sering memberi inspirasi.





“Saya rasa semua penyokong United, pemain dan kakitangan pasukan bangga mempunyai individu sepertinya yang sering memberi impak besar.

“Saya rasa dia adalah pengurus terbaik di dunia dalam sejarah bola sepak.”

Sementara itu Mauricio Pochettino menolak andaian yang mengatakan aksi bertemu Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Ahad ini sebagai medan ‘uji bakat’ untuk jawatan pengendali The Red Devils.

Ferguson, 77, bersara selaku pengurus United sejak Mei 2013 selepas membantu kelab memenangi 38 trofi sepanjang 26 tahun membimbing United. – REUTERS