Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Inilah Wajah Pemandu Trak Tercantik Di Jepun

Sangat jarang kita dapat lihat wanita Jepun buat kerja berat yang sinonim dengan golongan lelaki negara maju rantau Asia Timur tersebut.




Apatah lagi kerjaya sebagai pemandu trak kerana selalu dikaitkan dengan kerja lasak dan tentu tidak sesuai dengan keperibadian seorang wanita yang disifatkan lembut.

Namun lain pula bagi gadis kelahiran Kochi Prefecture, Rino Sasaki yang dilaporkan media tempatan gemar ceburi bidang ini sejak tujuh tahun lalu.





Portal Oddity Central melaporkan, Rino yang ‘dinobatkan’ sebagai pemandu trak tercantik di Jepun itu kini ada 14,600 pengikut dalam laman sosial Instagram dan curi tumpuan penduduk Jepun.

Mengimbau keterlibatannya dalam kerjaya penuh berisiko nahas ini, Rino, 28, sebelum ini bekerja sebagai guru kelas tarian tradisonal sehingga bapanya disahkan jatuh sakit.

Bermula daripada detik itu, dia terpaksa belajar memandu lori dan mendapatkan lesen sah bagi meneruskan ‘legasi’ bapanya yang juga seorang pemandu trak.

Pada awalnya, dia hanya mahu temani bapanya untuk jarak perjalanan yang jauh, namun lama-kelamaan dia jatuh cinta terhadap kerjaya itu dan ambil keputusan ceburi bidang itu sepenuh masa. – Agensi