Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Harimau Siberia Minta Bantuan Manusia

Believed to be aged 15 or older, Tikhon (pictured before the incident, at a national park) fed himself near the border post by killing and eating two guard dogsALEKSEYEVKA – Seekor harimau siberia jantan mengejutkan pakar hidupan liar apabila ia keluar dari hutan dan meminta pertolongan manusia selepas mengalami kecederaan.

Harimau jantan itu yang dipercayai berusia 15 tahun atau lebih dan dikenali sebagai Tikhon tiba-tiba muncul di sebuah pos sempadan pedalaman antara Rusia dan China pada 29 Disember lalu.



Haiwan pemangsa itu enggan meninggalkan kawasan tersebut walaupun pengawal sempadan melepaskan tembakan amaran menyebabkan renjer hidupan liar dipanggil untuk memeriksa keadaan Tikhon.

Harimau itu akhirnya ditembak dengan ubat pelali dan dibawa ke pusat rawatan di sini untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.




Image result for Sergey Aramilev tiger TikhonPengarah Pusat Harimau Amur, Sergey Aramilev berkata, harimau itu boleh dikategorikan sebagai ‘warga emas’ yang tahu masanya untuk hidup liar sudah berakhir dan tidak mungkin dibebaskan kembali ke hutan disebabkan faktor usia. – Agensi