Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Harimau Malaya kena dibantu – Cheng Hoe

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Tan Cheng Hoe optimis mampu menyahut cabaran yang dilontarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejurus selepas diberi kepercayaan untuk terus membimbing Harimau Malaya, namun menegaskan komitmen semua pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) juga menentukan hala tuju skuad bimbingannya.




Cheng Hoe yang ditawarkan kontrak sehingga penghujung 2020, mengakui dua petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan FAM iaitu mara ke final Piala AFF 2020 dan layak ke Piala Asia 2023 boleh dicapai dengan syarat dia turut mendapat ‘bantuan penuh’ daripada persatuan.

Biarpun yakin dengan kemampuan yang dimiliki pemain, namun perkara paling ditagih oleh bekas pengendali Kedah itu adalah kerjasama penuh daripada semua pasukan yang bersaing dalam Liga M untuk membekalkan ‘produk terbaik’ buat skuad kebangsaan.





“Terima kasih kepada jawatankuasa (FAM) kerana me­nyambung kontrak saya untuk dua tahun lagi. Ia satu lagi cabaran buat saya, namun memerlukan komitmen penuh daripada semua pihak untuk melihat pasukan kita dapat melangkah ke peringkat lebih tinggi, terutama layak ke Piala Asia.