Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Geng bawang Facebook Malaysia ‘tundukkan’ ego Israel

TIDAK tahan dengan netizen Malaysia ‘membawang’ di laman Facebook ‘An Eye Into Israel’, pengendali laman berkenaan, hari ini, terpaksa dua kali membuang ‘posting’ (hantaran).




Difahamkan, hantaran berkenaan berkaitan dengan langkah negara ini tidak mengendahkan permohonan visa kepada atlet paralimpik Israel untuk bertanding pada Kejohanan Renang Paralimpik Sedunia yang dijadual diadakan di Kuching, Julai depan.

Selepas ‘diserang’ netizen dari negara ini, laman berkenaan kemudian terpaksa mengambil tindakan membuang hantaran terbabit.

Admin laman berkenaan kemudian memuat naik semula hantaran berkenaan sambil menerangkan terpaksa memadam pos terdahulu yang dipenuhi komen mengeji Israel.

Mereka juga menerangkan terpaksa menyekat begitu ramai netizen dalam satu hari selain memberi amaran akan terus menyekat komen yang mengutuk laman berkenaan serta Israel.





Namun, hantaran kedua yang dimuat naik itu juga terpaksa dipadamkan selepas sekali lagi diserang netizen Malaysia.

Antara komen ‘pedas’ yang ditulis netizen terbabit adalah ‘kami memang tidak membenarkan rakyat dari negara pengganas datang ke Malaysia’.