Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bukan soal duit, tetapi untuk beri pengajaran guna saluran betul – KFA

Image result for akhyar kfa jdtALOR SETAR 31 Dis. – Tidak ada lagi rundingan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kes pemain sensasi, Akhyar Rashid tetap akan dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Penegasan tersebut disuarakan oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Mohd. Asmirul Anuar Aris yang menyifatkan tindakan undang-undang itu perlu supaya situasi yang berlaku terhadap Kedah ini tidak berulang lagi pada masa depan.




Beliau berkata, KFA hanya memperjuangkan profesionalisme dan undang-undang di dalam bola sepak supaya perkara itu tidak dipandang rendah oleh mana-mana pihak yang sesuka hati melanggar peraturan.

“Kita bukan perjuangkan soal duit (pampasan) dalam kes Akhyar ini tetapi ingin memberi pengajaran kepada mana-mana pihak supaya menggunakan saluran yang betul dan mengikut prinsip undang-undang jika ingin mendapatkan seseorang pemain itu bersama mereka.

“Kita tidak kisah Akhyar ingin bersama JDT (Johor Darul Ta’zim) tetapi mestilah menyelesaikan perjanjian dengan cara baik. Mungkin tidak ada orang nasihat dia (Akhyar) atau berkemungkinan ada hasutan dan menggunakan pintu belakang. Ini cara yang tidak betul dan sering kali berlaku sejak akhir-akhir ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.




Kelmarin, JDT melalui Facebook rasminya JOHOR Southern Tigers mengumumkan penyerang remaja itu sebagai pemain terbaharu ditandatangani skuad Harimau Selatan.

Pengarah Sukan JDT, Martin Prest dilaporkan berkata, JDT telah berjaya mengikat Akhyar selama empat tahun dan menjelaskan pihaknya akan membayar KFA dengan jumlah pampasan sebanyak RM100,000 selain menambah klausa perlepasan perpindahan bernilai RM12 juta ke atas kontrak pemain berusia 19 tahun itu.

Mengulas lanjut, Mohd. Asmirul berkata, tindakan gopoh JDT mengumumkan Akhyar sebagai pemain baharu mereka dilihat tidak beretika dan melanggar batas profesionalisme kerana proses kes berkenaan masih berjalan.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa KFA sebelum ini tidak meletakkan klausa perlepasan terhadap Akhyar, beliau memberitahu, pengurusan lama pada masa itu tidak berbuat demikian.

“Dengan pengurusan baharu ini kita tidak akan biarkan lagi perkara seperti ini berulang (tidak letakkan klausa perlepasan) kerana Kedah adalah antara ‘kilang’ yang melahirkan pemain-pemain berbakat,” katanya. – UTUSAN



,